KUALA LUMPUR: Lelaki ‘lembut’ tidak akan mendapat tempat dalam bidang perguruan di negara ini dan permohonan mereka mengikuti program ijazah sarjana muda pendidikan di universiti tempatan berkemungkinan besar akan ditolak, walaupun cemerlang dalam akademik.Malah, semua calon guru berkenaan diwajibkan menjalani ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI), selain saringan temu duga dikendalikan Kementerian Pengajian Tinggi, sebagai langkah memastikan mereka tidak tergolong dalam kumpulan yang mengalami ‘kekeliruan gender’.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Adham Baba, berkata tindakan itu dilakukan bukan untuk mewujudkan diskriminasi terhadap golongan lelaki ‘lembut’ terbabit, sebaliknya sebagai pendekatan berhemah menyedarkan golongan berkenaan yang menyimpang daripada landasan hidup sebenar.Beliau berkata, pengambilan calon bagi program ijazah pendidikan yang dilaksanakan sebelum ini hanya berlandaskan kecemerlangan akademik semata-mata, dan calon tidak perlu menjalani ujian serta menghadiri proses saringan temu duga.Keadaan itu menimbulkan masalah apabila banyak sekolah mula dibanjiri guru lelaki ‘lembut’ dan senario ini jelas sekali mencacatkan imej perguruan dan pendidikan negara.“Justeru, mulai tahun ini semua calon yang mahu menyertai bidang perguruan perlu menjalani ujian MEdSI dan saringan temu duga. Hanya mereka yang lulus dan menepati kriteria ditetapkan termasuk tidak mengalami masalah kekeliruan gender akan dibenar menyertai kursus pendidikan,” katanya.
Ketika diminta mengulas definisi lembut, Dr Adham berkata, ia bukan merujuk kepada guru lelaki yang berperwatakan sopan santun, tetapi golongan ‘hetroseksual’ iaitu lelaki yang mempunyai perwatakan wanita seperti bersolek dan membentuk kening.“Sebagai pendidik yang juga model kepada pelajar, mereka tidak boleh mempamerkan imej sedemikian kerana perkara ini menimbulkan persekitaran kurang sihat kepada pelajar. Jika inilah golongan pendidik, apa yang akan jadi pada generasi negara akan datang,” katanya.Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim, berkata langkah memperkenalkan ujian MEdSI dan saringan temu duga diyakini mampu mengatasi lambakan guru tidak berkelayakan di sekolah.
“Kami mahu guru tampil dalam satu pakej yang sempurna bukan saja mempunyai kredibiliti bahkan imej yang terpuji,” katanya.
-courtesy of berita harian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hurm...the issue is interesting. But i dunno how far will the ministry impose this ban towards the soft teacher. If they will only ban those who drag with make-up; that is still considerable...but hey, I dun think there are teachers who will actually go teaching with make-up on their face and wig and heels....hurm~
And they (the ministry) never explain, if there are teachers wannabe who is soft in behavior as in lelaklem (lelaki lembut) but they never go for crossdressings and never put make-up on their face, will they be banned too?
I'm actually curious abt the method that they are gona use i.e. MEdSI. because i dont think that these soft candidates will actually show or even tell the panels that they will eventually drag in school knowing that they will surely be chucked out if the panels were to know abt it...or they (panels) will just fail the candidate right after they see the feminine side of them? hurm....and also, i dun think this will eventually solve this issue at the end of the day.
My recommendation, just use normal recruiting system for all the candidates, and make sure that states education department makes an effort to make spot check for at least 3 times monthly in making sure that NO TEACHERS breaks any rule...and I am sure those soft teachers who drag in school will not dare to do it anymore knowing that they will be punished unbearably by doin so...and these new candidate will never have an initial thought to drag while teaching!
3 comments:
So whats wrong with lelaki lembut? Personally, I strongly oppose cara nak select teachers tu.. I think semua orang patut diberi peluang yang sama rata. Macam you kata, kalau iya pun ada yang lembut.. takkan diorang gi ngajar berdragoon sakan kan? My English teachers and an Ustaz whom I knew was lembut + metrosexual lagik and they were the best teacher Ive ever had.
betui tu kak bella!!..diorg ni suke2 hati aje..kerajaan selalu macam ni kalu ui perasan..bukan nak selesaikan masalah dr root of the problems tp kat daun2..bunga2 masalah tu..
kerajaan dah gila...
Post a Comment